Selangor dan Jais kejam, kata guru Kafa

SHAH ALAM: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee menyifatkan kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai kejam apabila langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk membela diri.

Malah Ekhsan yang ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa 1 Jun depan berkata beliau juga tidak diberikan peluang untuk merayu keputusan pemecatannya itu.


"Meskipun pada Rabu lepas 20 Mei, saya telah menerima surat pemecatan daripada pihak Jais yang berkuatkuasa 1 Jun depan. Pemecatan ini dibuat tanpa ada peluang untuk saya membuat rayuan.

"Saya merasakan Jais dan kerajaan negeri tersangatlah kejam, kejam..," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.

Ekhsan adalah guru Kafa yang mencetuskan kontroversi apabila membuat kecoh ketika DUN Selangor sedang bersidang, bulan lalu.

Beliau ketika itu dihalang daripada menyerahkan surat tuntutannya bersabit janji kerajaan negeri mahu menaikkan kadar elaun guru Kafa, kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan barisan Exconya.

Janji untuk menaikkan elaun itu tertera dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ketika Selangor ditadbir oleh bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun sehingga kini janji itu tidak dikotakan malah dinafikan oleh kerajaan negeri.

Ekhsan dalam pada itu menyelar Azmin yang padanya tidak bertanggungjawab dan berdiam diri dalam isu tuntutan itu selepas mengambilalih tampuk pemerintahan daripada Khalid.

"Saya hendak tanya adakah Azmin Ali mahu mengulangi kesilapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehinggakan menegaskan manifesto bukan satu janji.

"Persoalannya di sini adalah soal integriti, tidak kiralah, masalahnya pakatan rakyat di Selangor sudah janji dengan rakyat, perlu tunaikan dan lunaskan janji, takkanlah hendak samakan dengan UMNO BN pula, jadi apa beza kamu (Selangor)?," katanya.

Malah Ekhsan berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah di atas pemecatannya itu.

"Oleh itu saya tidak menolak berkemungkinan untuk membawa hal ini ke mahkamah," katanya.

Ekhsan dalam pada itu memberitahu, penamatan perkhidmatan terhadapnya diambil adalah atas alasan yang langsung tidak berasas seperti yang didakwa oleh Jais kononnya beliau telah menjejaskan nama jabatan tersebut.

Antara alasannya ialah:

1. Bertindak dengan niat memprovokasi untuk memasuki sidang DUN Selangor pada 8 April 2015 walaupun telah dihalang oleh pegawai dan pegawai bertugas.

2. Gagal mematuhi nasihat panel penyiasat agar membatalkan sidang media yang dijadual pada 14 April 2015.

3. Gagal mematuhi persetujuan yang telah dibuat bersama dengan panel penyiasat dalam perbincangan pada 24 April 2015 untuk berhenti daripada membuat kenyataan media.

4. Prestasi kerja yang rendah dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk berubah walaupun telah diberi nasihat oleh pengurusan sekolah Unit Pendidikan Islam Daerah dan Bahagian Pendidikan Islam di Jais.

Terdahulu Jais memberitahu Ekhsan melanggar perjanjian pelantikannya sebagai guru Kafa, justeru beliau dikenakan tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana