Sedar Orang Melayu....Kabinet bayangan: DAP beri isyarat mahu kuasai PR, kata Tunku Aziz

SHAH ALAM: Tindakan DAP yang membentuk kabinet bayangannya sendiri dengan mengenepikan PAS dan PKR, adalah sebagai 'amaran' jelas bahawa parti itu mahu mendominasi Pakatan Rakyat, kata bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Bekas pemimpin DAP berbangsa Melayu itu berkata, parti dominasi Cina tersebut sudah pun membuktikannya apabila bertindak bersendirian tanpa merujuk kepada pimpinan tertinggi dua rakan komponennya.

Jelasnya, perkembangan terbaru itu menunjukkan gagasan pembangkang berkenaan dalam keadaan 'tersekat' dan hampir mustahil dapat bergerak ke hadapan bersama-sama dalam misi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.      
 
"Mana boleh kalau tiga-tiga parti dalam Pakatan, tiap-tiap parti ada pula kabinet (bayangan) sendiri. Apa yang saya boleh katakan, ia secara jelas menunjukkan mereka tidak boleh bekerjasama. Bagaimana kita boleh jangka mereka untuk menubuhkan kerajaan kalau mereka dapat menawan Putrajaya sekalipun?," ujarnya kepada Antarapos.

DAP pada Selasa lalu mengumumkan kabinet bayangan sendiri, sekaligus menolak cadangan kabinet bayangan seperti yang dicadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehari sebelumnya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan Azizah yang mengumumkan setiap kementerian di kabinet bayangan PR akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti, bukan lagi sesuatu yang relevan.

Oleh itu, Guan Eng berkata, adalah lebih baik jika setiap parti mempunyai kabinet bayangan masing-masing.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu seterusnya mengumumkan Kabinet bayangan DAP yang membabitkan 18 portfolio kementerian di mana ia diwakili setiap ahli Parlimen parti itu.

Malah Tunku Aziz tidak menolak sekiranya PR berjaya memerintah kelak, mereka akan berdepan dengan konflik pelantikan jawatan.

"Nak tubuh kerajaan macam mana kalau tak bersetuju sesama sendiri. Nanti siapa pula nak jadi Perdana Menteri, Timbalan, dan ahli kabinet? Kalau menang bukan boleh terus memerintah, barangkali berbulan-bulan berkelahi.

"Ini pengajaran terbaik buat rakyat Malaysia, boleh tengok mereka ini nama saja Pakatan (tapi) berpakat pun tak tahu," kata Tunku Aziz mengulas lanjut perkara berkenaan.

Perselisihan pendapat dalam kalangan pimpinan PR semakin ketara apabila semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menolak kabinet bayangan DAP sambil menyifatkan ianya cadangan 'syok sendiri' kerana tidak mengambilkira konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Kabinet bayangan DAP adalah kabinet syok sendiri, kepemimpinan parti itu mungkin terlupa bahawa masyarakat Islam yang menguasai negara ini. Jadi calon Perdana Menteri dan timbalan mestilah pemimpin beragama Islam," kata Hadi seperti yang dilapor media, semalam.

Hadi juga menyatakan kesediaan untuk memutuskan hubungan dengan DAP selepas kelantangan yang disuarakan pimpinan parti itu yang memutuskan hubungan dengannya sebelum ini bersabit isu hudud.

Mengulas berhubung perkara berkenaan, ujar Tunku Aziz, Muktamar PAS yang akan berlangsung awal Jun depan wajar digunakan oleh parti Islam itu untuk mempertimbangkan kembali hubungan kerjasama bersama dua rakan komponennya, setelah beberapa kali 'diserang' ekoran tidak sependapat mengenai isu tertentu, khususnya hudud.

"PAS kena menilai kembali, apa yang lebih penting.. agama ataupun politik bersama DAP," soalnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana