PRK P’matang Pauh: Bila Kubu Sendiri Pun Ada Pengundi Hantu….Tanda Tanda Nak Kalah Buat Cerita Hantu Lah

SEKALIPUN Permatang Pauh adalah kubu kuat pembangkang dengan Azizah, Anwar laki bini bersilih ganti di kawasan itu dan menang sejak 1999 (tiket PKR), macam tak percaya saja bila masih wujud kebimbangan ada pengundi hantu di kawasan tersebut.
.
Inilah dakwaan yang disebut pemimpin PKR dalam satu sidang media di Yayasan Aman, Permatang Pauh sebentar tadi.
.
Cerita pengundi hantu ni penulis betuk tak faham. Selain Permatang Pauh itu sendiri kubu kuat, pembangkang menang 3 negeri dan jumlah wakil parlimen paling ramai dalam sejarah, masih nak dakwa wujud pengundi hantu?
.
Dari PRU13 lagi dah wujud cerita pengundi hantu ni, tapi apa pun takdak. Bukti satu pun tak boleh bawak, harap bung bang bung bang dalam FB sajalah. Jika wujud pengundi hantu, bawa pi SPR, bukan memekak dalam FB.

Sekarang ni kubu kuat sendiri pun di dakwa ada pengundi hantu juga? Gila macam mana? Kalau betul ada pengundi hantu, bertanding tu buat apa, baik bagi BN menang saja. Ini tidak, hantu hantu juga, bertanding tak pernah yang tidak.

Penulis bagaimana pun berpandangan cerita pengundi hantu ini hanyalah alasan prepaid kalau-kalau majoriti Azizah menurun dengan drastiknya. Menurut maklumat, PKR sendiri tak yakin majoriti akan sebanyak PRU13 yang Anwar perolehi. Majoriti yang itu pun merosot lebih 3 ribu ribu undi berbanding pilihanraya kecil sebelumnya iaitu bila Azizah letak jawatan untuk jaga cucu dan beri laluan pada Anwar tahun 2008 dulu.

Sebab itu nampak kecut perut betul PKR kali ini, tak macam sebelum-sebelum ni, confident saja. Kata rakyat di sebelah mereka, kata rakyat menentang BN sebab GST tapi kubu kuat sendiri pun boleh goyang, apa cerita?

Modal Anwar kalau kalah (dalam kes ini majoriti jangka merosot) pilihanraya macam inilah, pengundi hantu tapi apa bukti, habuk pun tarak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana