PRK Permatang Pauh serlah kepimpinan PAS makin rapuh

Berasaskah tuduhan Lim Guan Eng bahawa presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi adalah seorang pemimpin yang tidak bermaruah kerana ingkar pada janji untuk tidak akan melaksanakan hukum hudud?

Sehubungan itu wajarkah Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti PKR pula mendesak supaya Hadi meletakkan jawatan partinya kerana dikatakan bersikap tidak budiman dalam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP?

Jawapannya mungkin dicerminkan sikap Pemuda PAS Pulau Pinangyang membayangkan cercaan itu berasas.Gelagat pergerakan itu dalam isu boikot pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh nampaknya “salin tak tumpah”seperti pendirian politik Hadi.

Demi mempertahankan kehormatan Haji Hadi dan maruah PAS, Pemuda PAS negeri itu mengumumkan pendirian tidak mahu berkempen dalam PRK berkenaan menyokong calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pemuda PAS negeri itu yakin ia berada di pihak yang benar dan keputusannya itu adalah “satu-satu caranya mengajar PKR” supaya jangan turut celupar seperti DAP terhadap PAS atau pemimpinnya.

Justeru, Pemuda PAS mensyaratkan jika PKR mahu sokongan PAS, Angkatan AMK mestilah memohon maaf pada PAS dan presidennya kerana pernah mendesak Hadi meletak jawatan kerana isu hudud itu.

Pendirian Pemuda PAS Negeri itu  dipandang sinis oleh pemimpin-pemimpin kanan PAS yang tidak mahu “bermasam muka apatah lagi berkelahi” hingga memaksa sama ada PAS atau DAP keluar Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanifah Maidin menyifatkan tindakan Pemuda Pulau Pinang itu kebudak-budakan.

Sementara Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggertak akan mengambil tindakan disiplin ke atas Ketua Pemua PAS Negri Mohd Yusni Md Piah kerana ingkar arahan pimpinan keluar berkempen untuk Wan Azizah.

Sebelum itu Yusni dan beberapa pemimpin Pemuda PAS kawasan mengisytiharkan bahawa ia akan “tetap merehatkan jentera Pemuda PAS” dari menyertai kempen PRK berkenaan.

Malah Yusni menegaskan bahawa Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan patuh pada mana-mana pihak atasan parti  supaya membatalkan “tempoh rehat” berkenaankecuali jika perintah itu datang daripada presiden PAS sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana