PM umum banyak 'berita gembira' dalam RMK11....

Kalau semuanya berjalan lancar nampaknya banyak perubahan akan dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam ' last lap' menuju negara maju tahun 2020.
Ini berdasarkan banyak pengumuman besar dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11).

Beliau membentangkan pelan arah tuju negara untuk tempoh lima tahun dari sekarang itu pada sidang Dewan Rakyat Khamis.

Sepanjang jadi Perdana Menteri ini adalah kali kedua Najib memikul tugas besar ini.Pada tahun 2010 beliau membentangkan Rancangan Malaysia ke 10.

RMK11 yang dibentangkan kali ini adalah berteraskan enan strategi tumpuan.Ia terdiri dari Inklusiviti; Kesejahteraan Rakyat; Modal Insan; Pertumbuhan Hijau; Infrastruktur; Inovasi & Produktiviti.

BERIKUT IALAH ANTARA BUTIR-BUTIR PENTING DIUMUM OLEH PERDANA MENTERI DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing2

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana