‘PM Tetap Mendapat Sokongan':Abdul Ghapur Salleh

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menegaskan pendiriannya bahawa tiada sesiapa yang boleh mengarahkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada meletak jawatan selaku Presiden UMNO.

Tambahnya lagi, penganjuran perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri kali ini dianjurkan buat julung kalinya bertempat di Padang Bandaran Tawau di sini berjaya membuktikan sokongan kepada pemimpin utama negara ini.

“Perhimpunan ini atas kehendak kita di Sabah bagi menunjukkan sokongan kita kepada pemimpin nombor satu negara ini.

“Kita tidak mahu ..kita dengar diluar, dalam UMNO mengkritik pemimpin agong kita .. kita yang pilih Datuk Seri Najib,

“Tiada ganggu- gugat diluar tapi dalam parti itu sendiri jadi saya mahu menunjukkan pada hari ini kita semua yang hadir hari ini,” katanya lagi dalam ucapan alu-aluan perhimpunan tersebut hari ini.

Ujarnya lagi, sesiapa sahaja tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan Presiden Parti UMNO itu.

“Biasanya orang UMNO, dalam badan kita kalau ada kanser kita tidak boleh biarkan ianya akan merebak ke seluruh badan dan merosakkan badan hingga kita pergi ke liang lahat.

“Jadi saya cadangkan kepada Datuk Presiden jangan takut jika ada gunting dalam lipatan.. kita habiskan, jika ada kanser kita tidak potong.. seluruh parti akan hanyut,” katanya lagi.

“Kebanyakan orang hanya nampak semut tetapi didepan mata tidak nampak gajah..inilah pengkritik yang ada kini,” katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana