PM harap media lapor berdasarkan fakta sahih bukan khabar angin

Suasana Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak,Kuala Lumpur Khamis malam meriah bila lebih 1,000 orang pengamal media menghadiri Malam Media Perdana 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta sebilangan menteri hadir untuk meraikan mereka pada majlis tahunan itu.

Selain wartawan media cetak dan elektronik sebahagian dari undangan terdiri dari mereka yang aktif dalam media sosial.

Dalam dunia media aturan main yang digunapakai dari dulu sampai sekarang ialah siapa dulu yang siar.Apa lagi sekarang dengan adanya portal berita,blog,twitter,facebook dan lain-lain.

Namun dalam ucapannya di majlis itu Najib berharap pengamal media sentiasas pastikan apa yang dilaporkan adalah fakta benar dan sahih bukan berdasar andaian dan khabar angin.

Ia adalah antara lima kriteria penting yang beliau gariskan perlu diamalkan oleh pengamal media termasuk penggerak media sosial dalam setiap laporan berita.

Katanya kriteria itu meliputi sentiasa bersikap profesional, bertanggungjawab, memberi pandangan dan kritikan membina serta konstruktif.

Perdana Menteri berkata kriteria keempat ialah pengamal media perlu mengamalkan media sihat dengan menolak unsur-unsur fitnah, mengadu domba, berbaur perkauman atau menyentuh soal sensitif seperti agama.

"Walaupun kita berjaya daripada segi menguruskan ekonomi negara tapi jangan lupa kita juga sebahagian daripada pembinaan negara.

"Kalau kita sebut 'nation building', maka kita mesti pupuk nilai-nilai baik dan positif seperti nilai wasatiyyah atau kesederhanaan, saling menghormati antara satu sama lain dan bersemangat serta berprinsip 1Malaysia supaya kita mempunyai perasaan kebersamaan," katanya.

Selain itu, Najib berkata setiap pengamal media harus mempraktikkan etika media kewartawanan berasaskan nilai murni sejagat dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

Najib mengingatkan pengamal media yang berhadapan dengan era perkembangan media sosial seperti 'Facebook', 'Instagram', 'Twitter' dan 'WhatsApp' supaya sentiasa peka dan membuat pelarasan tentang bagaimana bertindak sekiranya terdapat sebarang isu yang tersebar.

"Kalau 40 tahun lalu kita boleh mempunyai masa yang lama berbanding hari ini seperti contoh sekiranya ada sesuatu isu kita masih boleh respons dalam masa 24 jam tetapi hari ini sekiranya sesuatu itu sudah tersebar lebih-lebih lagi di media sosial, masa respons bukan 24 jam tetapi dua jam atau mungkin 20 minit.

"Seperkara lagi, kalau dulu berita ditulis panjang lebar dalam bentuk portal berita dan sebagainya tetapi hari ini rakyat lebih suka berita yang ringkas, padat dan santai lebih-lebih lagi jika ia mempunyai kapsyen dan gambar yang menarik," katanya.

Malam Media Perdana 2015 dengan tema hitam-merah diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada pengamal media sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang penyiaran, percetakan dan media digital yang sentiasa bertungkus-lumus memberi laporan terbaik kepada rakyat.

Najib berkata kerajaan sentiasa menganggap pihak media sebagai rakan kongsi untuk membangunkan negara ke arah merealisasikan impian sejagat untuk meletakkan Malaysia di mercu kejayaan.

Justeru, katanya media berperanan penting membentuk minda rakyat supaya mereka lebih faham akan sesuatu keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana