PM arah Shabery kendali isu kad prabayar…

Mulai sekarang hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek sahaja boleh buat kenyataan berhubung isu kad tambah nilai prabayar.
Arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal petang Jumaat.

Menerusi twitternya Perdana Menteri kata : @shaberyc Pls take charge of the topup issue. Mulai skrg, sebarang pengumuman kpd rkyt hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja.

Arahan itu dipercayai ekoran flip flop dalam pengumuman Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad, Rabu bahawa harga kad prabayar akan kembali ke harga asal seperti sebelum perlaksaan GST mulai 1 Mei.

Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie kemudian memberitahu agak mustahil untuk penyedia perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari kerana masalah teknikal.

Khamis Khazali membuat kenyataan memberiitahu keputusan harga kad prabayar balik ke harga asal ditangguhkan hingga diberitahu kelak.

Filp flop ini telah mencetuskan kekeliruan ramai dan timbul persoalan kepada apakah tiada penyelarasan antara agensi kerajaan yang berkaitan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana