PKR kutuk tangkapan polis terhadap pemimpin PKR...Habis Nak Biar Begitu Saja...Pakai Otak Sikit

SHAH ALAM: PKR hari ini merayu pihak polis untuk menghentikan tangkapan pemimpin PKR yang terlibat dalam Himpunan Bantah GST, Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan media, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penganjuran himpunan itu diadakan secara aman, apatah lagi perlembagaan negara tidak menyekat kebebasan mana-mana pihak untuk bersuara.

“PKR menuntut supaya pihak polis menghentikan sebarang usaha untuk menangkap pemimpin, khususnya pemimpin PR yang terbabit dalam himpunan.

“PKR juga menggesa pihak polis membebaskan Tian Chua dan semua tahanan tanpa syarat dan tidak mendakwa mereka ke mahkamah.

“Bila mana Artikel 10 Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Hak berhimpun dan hak untuk bersuara sememangnya termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

PKR juga mengutuk penangkapan Naib Presidennya, Tian Chua pada malam tadi bersabit himpunan berkenaan.

Turut ditangkap adalah  peguam Datuk Ambiga Sreneevasan, pemimpin PR Dr Mohd Hatta Ramli, Anthony Loke, aktivis S Arulchelvan dan lain-lain pemimpin PR yang berhimpun secara aman.

“Walaupun sebahagian pemimpin NGO dan PR yang ditahan, sudah dibebaskan, namun kita tidak bersetuju tangkapan dilakukan, kerana mereka mengadakan himpunan secara aman.

“Kita kesal kerana pihak polis masih meneruskan tangkapan sedangkan pihak penganjur sudah pun berbincang dan berunding dengan polis pada 24 April 2015.

“InsyaAllah PKR bersama PR akan terus bangkit membela kaum pekerja dan anggota keluarga mereka, kami akan teruskan kempen  #BatalGST sehingga rakyat dibebaskan dari belenggu tekanan ekonomi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana