PKR cuba "takutkan" penyokong, sebarkan kemungkinan Wan Azizah tewas

PULAU PINANG: Bimbang terhadap tahap sokongan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah, PKR melahirkan keresahan bahawa peluang kemenangan presiden parti itu pada pilihan raya kecil Permatang Pauh akan terjejas dengan kemungkinan hanya 68 peratus pengundi sahaja yang akan keluar mengundi Khamis ini,

Pengarah Strategi Pusat PKR, Sim Tze Tzin berkata, DAP kalah pada pilihanraya kecil Teluk Intan tahun lalu kerana kurang 70 peratus pengundi keluar mengundi dan tidak menolak kemungkinan keadaan itu berulang di Permatang Pauh.

Beliau mendakwa pihaknya membuat kajian dan merumuskan hanya 68 peratus daripada lebih 72,000 pengundi Permatang Pauh akan menunaikan tanggungjawab mereka, sungguhpun kerajaan negeri mengisytiharkan Khamis sebagai cuti umum.

"Kita (telah) lakukan kajian di Permatang Pauh, ke atas semua sektor daripada golongan pemuda dan semua etnik. Kita juga boleh lihat yang keluar mengundi di Teluk Intan, bawah 70 peratus sahaja," katanya.

Beliau berkata  kajian itu melibatkan kira-kira 1000 pengundi yang dihubungu menerusi  sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun Sim tidak menyatakan secara jelas sama ada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tewas pada PRK kali ini.

"Kami serahkan kepada pengundi, kami tidak mahu meramalkan apa-apa, pada kami semua undi sangat penting kepada kami walaupun satu undi," katanya.

Sim menafikan kemungkinan ramai pengundi tidak akan keluar mengundi kerana tidak menyokong pemilihan Wan Azizah sebagai calon  PKR untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Di Teluk Intan, DAP gagal mempertahankan kerusi parlimen yang dipegangnya selama dua penggal kerana pengundi di katakan menolak calon parti itu, Dyna Sofya.

Walaupun mempunyai kemenangan selesa lebih 7,000 undi pada pilihan raya umum ke 13, DAP tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong.

Di Permatang Pauh, PKR akan mempertahankan majoriti lebih 11,000 undi  yang di perolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum yang lalu.

Majoriti itu walaupun besÃ¥r, namun menyusut daripada lebih 15,000 undi yang diperolehi oleh Anwar pada PRK 2008 dan majoriti lebih 13,000 undi pada  pilihan raya umum ke 12. PKR khuatir trend pengurangan dalam sokongan untuk parti itu di Permatang Pauh akan berterusan kali ini.

Justeru Sim dilihat cuba menimbulkan keresahan penyokong Pakatan Rakyat dengan harapan mereka akan keluar beramai-ramai untuk menyokong Wan Azizah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana