Permatang Pauh: Wan Azizah kena sabotaj ?

Sekali fikir, kasihan pada Datuk Wan Azizah Wan Ismail 'dikorbankan' suami sendiri untuk menanggung perit getir politik hanya kerana mahu memenuhi cita-cita peribadinya.
Semua maklum, Wan Azizah 'presiden without power', yang menjadi de facto dalam PKR adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pagi Sabtu ketika berkempen di kawasan Cina di Seberang Jaya, wartawan tanya Azizah berhubung sikap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak mempedulikan desakan mohon maaf Pemuda PAS Pulau Pinang.

"Awak tanya sendiri AMK, saya tak boleh nak komen,"katanya.

Timbul soalan, jika presiden parti tidak boleh komen, siapa lagi nak komen?

Jika dilihat kronologinya, AMK yang bertindak di luar jangkaan telah mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sehngga menjadi kemarahan Pemuda PAS.

Wan Azizah nampak dan sudah pasti tahu masalah ini.

Peliknya, Wan Azizah tidak langsung menjaga hati dan perasaan Pemuda PAS negeri untuk meminta AMK memohon maaf atas apa yang berlaku.

Atau senario paling buruk, Wan Azizah nak suruh AMK minta maaf, tapi AMK dengar arahan lain dan tidak peduli untung rugi Wan Azizah di Permatang Pauh... sabotaj?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana