Penyokong PAS mahu PKR, DAP jangan biadap di Permatang Pauh

Seminggu sebelum pengundian dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh... masalah dalaman antara ahli-ahli pakatan pembangkang di disitu nampaknya masih belum bereh.

Ini selepas ahli dan penyokong PAS Permatang Pauh mengadakan demonstrasi aman sejurus selepas solat jumaatdi Masjid Batu Kampung Pertama tadi menuntut pemimpin PKR memohon maaf pada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain PKR, penyokong PAS di kawasan tersebut turut mengecam DAP dan ngo Pasma dengan berbagai plykad termasuk 'DAP jangan biadap" "Pasma duri dalam daging" "Pemuda bersama Ulamak" dan lain-lain.

Lebih 100 orang menyertai demo itu.

Gambar-gambar demo itu turut dikongsi oleh facebook PAS Permatang Pauh yang merupakan indikasi ianya dilakukan dengan restu pucuk pimpinan PAS kawasan walaupun pemimpin utamanya tidak kelihatan.

Agendadaily difahamkam PAS akan mengadakan kempen besar-besaran pada Sabtu di beberapa pasar malam untuk mengedarkan kalander 'Manisnya Hudud' selain beberapa risalah penerangan mengenai undang-undang Islam tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan mimbar masjid terus dijadikan pentas politik apabila khatib secara terang menyeru jemaah supaya mengundi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Ketika berkhutbah di Masjid Batu Kampung Pertama khatib, Subri Arshad menyeru semua umat Islam dan pengundi kawasan Parlimen Permatang Pauh termasuk ahli PAS supaya menyokong PKR.

Tidak hanya berkempen, Subri juga dalam khutbahnya turut mengkritik kerajaan termasuk berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Kerajaan kita kerajaan yang zalim dan boros, membeli cincin yang nilainya berjuta ringgit.

"Kita juga dibeban dengan GST yang membebankan rakyat," kata Subri.

Subri dipercayai ahli PAS yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu Subri turut mengulas mengenai pertikaian masyarakat sama ada khutbah boleh dijadikan alat untuk menyampaikan agenda politik.

Jelas beliau, sebagai pendakwah beliau bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang dirasakannya benar kepada masyarakat walaupun di dalam khutbah sebelum solat Jumaat.

"Itulah tanggungjawab saya sebagai daei.

"Kalau ada orang pertikaikan boleh atau tidak berkhutbah begini, saya katakan bahawa Islam tidak pernah mengasingkan politik dengan agama," katanya di dalam khutbah pertama dalam solat Jumaat hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana