Penumpang mabuk punca MH179 berpatah balik

Punca penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH179 dari Kuala Lumpur ke Colombo awal pagi Ahad berpatah balik adalah disebabkan daripada gangguan seorang penumpang yang mabuk.
Menurut kenyataan rasmi MAS, penumpang tersebut cuba mencetuskan suasana yang tidak tenteram terhadap anak-anak kapal MAS sejurus selepas penerbangan itu bermula.

“Oleh kerana saiz penumpang itu besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal MAS daripada diganggu oleh penumpang mabuk berkenaan.

“Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan mereka di atas kapal, juruterbang terpaksa membuat keputusan untuk berpatah balik. Sejurus tiba di KLIA, penumpang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Pesawat berkenaan dilaporkan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana