Pengundi siap melakar sejarah baru Permatang Pauh...

Apakah calon muda BN, Suhaimi Sabudin berjaya melakar sejarah baru di kawasan tersebut yang merupakan kubu terkuat PKR di dunia.

Bagi NGO masyarakat India, Nambikkai, pihaknya mengharapkan supaya pengundi India di kawasan tersebut menyokong Suhaimi demi masa depan yang lebih cerah.

Presiden Nambikkai Malaysia Kalai Vanar berkata penduduk di sini telah menghadapi pelbagai kesusahan dan kekurangan tetapi tidak tahu saluran yang betul untuk mengadu.

"Undilah calon BN supaya kami dapat membantu penduduk di sini untuk menyelesaikan masalah mereka yang sebelum ini gagal diselesai oleh wakil rakyat PKR," katanya.

Menurutnya, aduan-aduan yang diletakkan dalam peti ini akan dikutip setiap minggu dan ia akan diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikannya.

"Kita akan mengendali segala aduan dan setiap masalah yang diletakkan dalam peti itu akan menerima maklum balas dalam tempoh dua minggu," katanya.

Kalai berkata pihaknya merancang untuk menubuhkan dua peti aduan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pauh.

Tambahnya, setakat ini dua peti aduan telah ditubuhkan di Perak, iaitu setiap satu di Tapah dan Sungai Siput.

Di atas kertas, Suhaimi perlu berusaha keras untuk memikat hati lebih 35,000 pengundi di parlimen berkenaan bagi membolehkannya mempunyai peluang cerah sekurang-kurangnya menang dengan majoriti tipis.

Dengan kira-kira 20,000 pengundi yang akan menterjemahkan undi mereka kepada BN, beliau perlu mengharapkan undi daripada penyokong PAS ataupun pengundi atas pagar untuk menyokongnya.

Mungkin dengan adanya manifesto atau akujanji yang dikemukakannya kepada pengundi Permatang Pauh, mungkin peluang Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh itu mencuri undi pengundi atas pagar cerah.

Apapun, kunci utama untuk Suhaimi pada PRK kali ini ialah 10,000 penyokong PAS yang kebanyakannya berada di kawasan Permatang Pasir.

Sekiranya beliau berjaya mencuri setengah daripada jumlah tersebut maka tidak mustahil BN akan memenangi PRK pada kali ini.

Oleh itu, hanya kemenangan sahaja yang boleh membuatkan BN menarik nafas lega dan boleh memadam kemerosotan undi di Rompin pada 5 Mei lalu.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Khamis ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana