Pengundi India tidak pernah lupa pengkhianatan Anwar....

Pengundi India di Permatang Pauh menyifatkan populariti legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin merudum selepas beberapa janji palsu dan pengkhianatan yang dibuat Ketua Umum PKR itu sepanjang menjadi wakil rakyat.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), M.Periasamy berkata, kerana itu calon PKR yang merupakan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pilihan raya kecil (PRK) dilihat hanya mengulang situasi sama dan terus mengkhianati janji jika menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

"Apa yang dibuat Anwar sepanjang berkuasa di Permatang Pauh kepada kaum India? Apakah pengundi India mudah lupa isu yang berbangkit kononya Anwar memberi amaran bahawa dia akan menutup semua kuil Hindu di Malaysia sekiranya kuil-kuil terus melocengkan loceng kuil dengan bunyi kuat semasa peristiwa Kampong Rawa?

"Apakah pengundi India mudah lupa janji Anwar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala sebagai Kampung tradisi kaum India sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Negeri dan rakannya Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri  selepas pilihan raya umum (PRU) ke-12?

"Kampung Buah Pala yang menjadi lambang tradisi dan budaya masayarakat India terus hilang dalam peta Pulau Pinang apabila Guan Eng menguasai kerajaan negeri sekali gus membuktikan janji Anwar tidak ditepati selain banyak lagi isu yang mengecewakan masyarakat India," katanya.

Tegasnya, pengundi India juga dilihat akan memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin pada Khamis ini.

"Tinjaun awal jelas menunjukkan suasana pemikiran politik kini amat berbeza dengan suasana PRU atau PRK terdahulu. Sebahagian besar pengundi di sini secara amnya dan pengundi India secara khususnya yang memihak PKR kini menzahirkan perasaan kecewa malah tidak puas hati terhadap pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR.

"Pengundi India memberitahu mereka tidak puas hati terhadap Dr Wan Azizah kerana dia pernah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999, 2004 dan 2008 dan tidak menepati janji membela kepentingan mereka malah tertinggal mereka dalam separuh perjalanan untuk  memberi laluan  kepada Anwar dengan alasan ingin  menghabiskan lebih masa untuk menjaga cucu-cucunya.

"Pengundi India juga terkejut  apabila Dr Wan Azizah dicalonkan  semula kerana dia telah pun dipilih sebagai wakil Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang. Dia juga tidak banyak membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India malah lebih  sibuk menghabiskan masa di Kuala Lumpur untuk menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh Anwar sendiri," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana