Penculik di restoran Ocean King ,Sandakan minta wang tebusan besar

Lelaki dan wanita yang diculik kumpulan bersenjata di Restoran Ocean King di Sandakan Khamis lalu kini berada dalam keadaan selamat di salah sebuah pulai di perairan Filipina.
Kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang besar dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata di Kota Kinabalu Ahad sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis.

Jamaluddin berkata kes penculikan mereka berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam'.

Beliau berkata disyaki 'orang dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

"Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

"Pihak ESSCom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga," katanya.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana