Pemimpinan PKR Tidur Tak Lena Berdepan Protes Pengundi PAS

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) menjangkakan lawannya, parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berhadapan protes daripada ahli dan penyokong PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini.

Pengarah PRK BN Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan protes itu dijangka berlaku susulan pendirian PKR yang tidak menyokong pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

"Saya yakin pengundi-pengundi PAS di Permatang Pauh pada kali ini akan memperlihatkan protes mereka kerana PKR tidak pernah menyokong hudud.

"Dalam hal ini, protes ini cukup penting bagi membuktikan bahawa mereka bersama-sama dengan kepimpinan utama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya selepas merasmikan Program Bakti Rela di sini, Sabtu.

Awal pagi Sabtu mStar Online melaporkan keyakinan Adun PAS Permatang Pasir, Datuk Salleh Man bahawa ahli dan penyokong parti itu tidak akan memboikot PRK Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Salleh juga Adun tunggal PAS di Pulau Pinang berkata, isu hudud tidak mendapat tempat dan bukan isu utama dalam PRK Permatang Pauh.

Diminta mengulas mengenai tuduhan Salleh bahawa Umno mendalangi demonstrasi membantah Dr Wan Azizah sebagai calon kerana PKR, Ahmad Zahid bagaimanapun meminta pemimpin parti itu menghormati suara akar umbi.

"Saya rasa kita harus hormat pada pendirian pemimpin-pemimpin dan ahli PAS di akar umbi yang enggan tunduk kepada arahan yang tidak menghormati ulama," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana