Pemimpin pembangkang terutamanya DAP mengamuk di laman sosial gara-gara pengusiran Joshua. Kenapa?

Nak faham, kena kenali dulu lelaki ini.

Baru berusia 18 tahun, Joshua adalah antara penggerak utama 'Revolusi Payung' yang mengkoordinasikan demontrasi jalanan besar-besaran di Hong Kong. Majalah Time pernah menamakan Joshua sebagai antara 50 pemimpin paling berpengaruh di dunia.

Dikenali dengan kepetahan berpidato dengan ucapan berapi-api, Joshua menubuhkan NGO bernama Scholarism, menghimpunkan aktivitis untuk menentang sistem pendidikan nasional yang cuba dilaksanakan oleh China. Tak jauh bezanya dengan perjuangan DAP di menentang keras kewujudkan sekolah satu aliran di Malaysia. Bersangka baik, kebetulan je kot smile emoticon

Untuk rekod, pemimpin DAP seperti Hew Kuan Yaw pernah membawa ahli-ahli mereka untuk sama-sama membantu Joshua menjayakan siri demonstrasi jalanan di Hong Kong pada 2014 mendesak kerajaan dijatuhkan untuk diadakan pilihan raya. Ni pun kebetulan je kot wink emoticon

Gerakan itu bagaimanapun gagal kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya rakyat dan komuniti perniagaan.

DuBook Press, syarikat penerbitan buku berhaluan kiri yang dikaitkan dengan aktivitis pembangkang, Hishamudin Rais dan Rahmat Hussin dikatakan pihak yang mahu membawa masuk Joshua. Dia dijadualkan bertemu dengan aktivis-aktivis muda di Bangi hujung bulan ini.

Walaupun program itu di Bangi, Joshua dibawa masuk melalui Pulau Pinang, negeri dikuasai DAP. Ini pun kebetulan juga kot.

Usaha pembangkang membawa Joshua ke negara ini tentu ada maksud tersirat. Tunjang parti pemerintah sedang bergelut dengan krisis dalaman yang kian membahang. Kepimpinan PAS, parti kedua terbesar juga sedang bergelut dengan perpecahan.

Nampaknya ada yang cuba mengambil kesempatan. Puak-puak ini pernah bermati-matian mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Mereka gagal tetapi tidak bererti mereka sudah berhenti.

Bak kata pepatah seni perang Cina: Chen huo da jie (menjarah rumah yang sedang terbakar).

Bermaksud musuh yang dalam kesulitan di negeri sendiri bersedia untuk rosak & ditakhluki.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana