Pemilihan PAS: Jangan perkecilkan kekuatan lawan, kata Haron Din

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengingatkan supaya semua yang bertanding dalam pemilihan parti Jun depan agar tidak memperkecilkan kebolehan dan kekuatan lawan masing-masing.

Enggan merujuk kepada mana-mana individu, Haron bertegas pemilihan kali ini harus bersih daripada anasir menjatuhkan lawan dengan mencanang kelemahan individu lain.

"Maka jangan diperkecilkan kebolehan masing-masing itu.

"Kita tahu setiap orang ada kelebihan dan ada kelemahan, kita cari perpaduan melalui penyatuan dan menghargai diri individu, jangan diperkecilkan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta  mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu yang yakin beliau mampu menewaskan pencabarnya wakil golongan ulama, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk merebut jawatan yang disandangnya kini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu enggan memperakui ketokohan ulama-ulama yang sedia ada di dalam PAS kerana "orang yang hidup kita tak tahu berakhirnya di mana."

Mat Sabu mendakwa ramai ulama PAS sebelum ini berakhir dalam Umno.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu juga berkata seseorang individu tidak boleh dianggap ulama hanya bergantung kepada latar belakang pendidikan agamanya tetapi mesti mengambilkira akhlak dan sikapnya.

Haron bagaimanapun menyelar timbalan presiden PAS itu supaya tidak menambahkan lagi kenyataan-kenyataan yang boleh meretakkan hubungan di antara pemimpin PAS sendiri walaupun maklum pemilihan parti semakin dekat.

"Tonggaknya ialah perpaduan dan kesatuan, kalau itu wujud, maka parti keseluruhannya akan kuat, tapi kalau kita tidak boleh bersatu, kerana ada perbezaan, maka tumpuan kita sepatutnya memperbaiki keretakan yang ada.

"Kalau kita membuat kenyataan yang boleh mengundangkan perpecahan, maka kita memberi saham kepada kelemahan, kerana itu saya mengharapkan kita sama-sama membina kekuatan parti berdasarkan kepada kemampuan masing-masing kerana setiap orang dalam satu organisasi ada kelebihan masing-masing," ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan Mat Sabu supaya mengambil sikap 'mengenangkan jasa-jasa' orang lain sekali dan tidak hanya mencanang kebaikan diri sendiri dalam usaha untuk memenangi pemilihan parti itu yang akan diadakan pada Jun ini.

"Setiap orang dalam pakatan rakyat, mahupun dalam PAS mempunyai keyakinan masing-masing bahawa kekuatan dalam diri mereka.

"Kalau mereka tidak ada, maka pakatan akan lemah, memang pun keyakinan seperti itu berguna pada diri sendiri dan pada perjuangan parti selama perpaduan dalam parti itu wujud," katanya.

Mat Sabu dalam wawancaranya bersama sebuah portal pembangkang mencanang beliau yakin pemilihan kepimpinan parti di Kuala Selangor bulan depan akan menyumbang kepada kebangkitan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malah katanya, selepas pemilihan itu diadakan, pakatan rakyat akan bertambah kuat jika memilih dia dan rakan-rakannya dalam menguasai jawatan tertinggi parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana