Pembelian tanah TRX tidak jejas pendeposit TH....Jangan Dengar Puak PR...Rosak Jadinya

SHAH ALAM: Tindakan membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah langkah bijak Tabung Haji (TH), kata pakar ekonomi, Prof. Madya Dr Barjoyai Bardai.

Tindakan itu juga dilihat tidak akan memberi kesan secara langsung kepada pendeposit Tabung Haji selagi 1MDB tidak mengalami kerugian.

"Ia merupakan satu keputusan yang bijak kepada TH.

"Ia tidak memberi kesan secara langsung kecuali kalau tiba-tiba tanah itu sekarang ini terpaksa dijual oleh TH dengan menyebabkan kerugian sehingga RM500 juta.

“Pada masa itu barulah ia akan menjejaskan semua pelabur di TH," katanya ketika ditemubual eksklusif Antarapos.

Malah, katanya, perkara itu telah dibincangkan oleh pihak yang terlibat dan TH menerima tawaran pembelian tanah itu sebelum krisis 1MDB berlaku lagi.

"Perkara itu sudah didebatkan. Lembaga TH kata dia mendapat tawaran membeli hartanah tersebut sebelum krisis ini berlaku.

"Ketika TH ditawarkan untuk membeli hartanah tersebut TH telah menilai dan beranggapan bahawa ia satu projek yang berpotensi. TH juga membeli tanah tersebut pada harga yang rendah jika dibandingkan dengan harga yang dibayar oleh syarikat daripada Indonesia ini.

"Di mana kadar harga satu kaki persegi adalah lebih murah," jelasnya.

Menurut Barjoyai, langkah kerajaan menjual hartanah berkenaan kepada TH disifatkan sebagai keputusan strategik.

"Itu merupakan keputusan strategik kepada kerajaan. Kerana kerajaan nak bina syarikat 1MDB sebab itu diberikan pada harga RM9 satu kaki persegi walhal harga sebenar ialah RM3000 satu kaki persegi misalnya.

"Kenapa tak beri kepada TH pada harga tersebut...kalau diberi kepada TH pada harga tersebut nanti semua institusi lain milik kerajaan juga akan minta harga yang sama dan tak ada lagilah tanah tersebut serta tak bolehlah nak buat projek strategik 1MDB," katanya.

Ditanya apakah penjualan hartanah kepada TH itu adalah bagi mengekalkan aset milik negara dari jatuh ke tangan negara asing, ini jawab Barjoyai:

"Ya, betul," tegasnya.

Sebelum ini Tabung Haji mengesahkan membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta yang didakwa melalui "potongan" harga.

Bagaimanapun, susulan kritikan dan kecaman banyak pihak, Tabung Haji kemudiannya mengumumkan keputusan menjual semula tanah itu atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana