Pelbagai Kecam Lim Kit Siang kurang ajar, tidak hormat hudud

KOTA BHARU – Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) ketika mengadakan ceramah baru-baru ini dilihat sebagai langkah tidak menghormati orang Islam di sini.

Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, malah tindakan tersebut memperlihatkan Pas perlu bermuhasabah diri bagi mengembalikan kembali wadah perjuangannya yang kini didakwa semakin terhakis.

“Apabila Pas meletakkan taraf Lim Kit Siang sebagai ustaz, dan menentang hudud di depan orang ramai iaitu orang Kelantan, maka ia merupakan satu sikap kurang ajar kepada umat Islam, kalau mereka (bukan Islam) tidak faham, kita boleh fahamkan.

“Orang yang membawa Lim Kit Siang pun berkali ganda kurang ajar, sebab mereka menentang sikap dan pendirian parti sendiri berkenaan hudud ini. Hudud satu perkara tidak boleh ditentang, namun soal pelaksanaannya adalah asing,”katanya kepada media di Nilam Puri, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Lim Kit Siang mengulangi pendiriannya menolak pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini kerana dikatakan tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk.

Menurutnya,  tindakan Lim Kit Siang itu dianggap terlalu berani sehingga timbul sikap menghina umat Islam dan dilihat berjaya meracuni pemikiran sesetengah pemimpin Pas sehingga boleh membawa beliau berceramah di sini dan menolak hudud di depan ribuan hadirin.

Beliau yang juga Adun Kok Lanas memberitahu, tanggungjawab Pas adalah untuk memastikan PR  faham dengan pelaksanaan hudud, manakala Umno adalah untuk memahamkan MCA dan Gerakan.

“Kalau mereka tidak faham, kita boleh fahamkan, saya  kesian dengan Pas, terlalu gilakan kerusi Putrajaya sehingga mengorbankan prinsip perjuangan sendiri,”katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini diasak dengan pelbagai cabaran dalam proses pentadbirannya, Alwi menegaskan, BN Kelantan akan terus menyokong sebagaimana mandat dan kepercayaan yang pernah diberikan sebelum ini.

“Kami tetap menyokong, beliau (Najib) mendapat mandat rakyat yang begitu besar, kenapa kita mahu beliau berhenti (bersara), Umno Kelantan tetap menyokong beliau untuk terus melaksanakan tugasnya.

“Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak berlaku adil dalam Umno, kalau dia (Mahathir) berhenti Umno pun belum tentu boleh masuk balik, jangan keterlaluan. Tun boleh tegur tapi dengan cara baik. Mana ada orang tidak ada masalah, zaman pemerintahan dan perjuangan Nabi dulu pun ada masalah,”katanya.

Alwi menegaskan, jika benar wujud masalah yang diperkatakan, Dr Mahathir seharusnya membantu Najib untuk sama-sama membaiki apa yang patut memandangkan kedua-dua pemimpin ini sayangkan negara sebagaimana rakyat sayangkan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana