Pelarian Rohingya: Ramasamy dakwa kaitkan percubaan beri kerakyatan....Bangang Jadi Exco Macam Ni

PULAU PINANG 26 Mei – Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan beker­jasama dengan kerajaan Pusat da­lam usaha menempatkan pela­rian Rohingya dan Bangladesh di negeri ini.

Malah, Timbalan Ke­tua Menteri II, Dr. P. Ra­masamy turut me­ngait­kan cadangan kerajaan Pusat itu dengan kemungkinan usaha memberikan kewarganegaraan atau MyKad kepada pelarian tersebut.

“Kenapa dalam banyak-banyak tempat, Za­hid (Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) memilih Penang (Pulau Pinang)?

“Adakah beliau mempunyai motif tersembunyi? Adakah terdapat cubaan jahat untuk memberikan IC (MyKad) kepada pelarian Muslim Rohingya dan Bangladesh ini?” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini mencadangkan negeri ini sebagai lokasi terbaik bagi dijadikan penempatan sementara kepada kira-kira 7,000 pelarian Rohingya yang masih berada di perairan antarabangsa.

Namun kata Khalid, sama ada diterima atau tidak, perkara itu terpulang kepada keputusan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi-agensi terlibat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun dalam reaksi kepada cadangan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tiada lokasi sesuai di negeri ini yang boleh dijadikan penempatan kepada pela­rian tersebut.
Dalam pada itu, Ramasamy berkata, kehadiran lebih 50,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh di Pulau Pinang berpotensi merubah landskap politik negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana