Pelanggan tumbuk pekerja restoran kerana GST

Seorang pekerja di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Padang Tembak, Air Itam terpaksa menahan kesakitan akibat ditumbuk seorang pelanggan premis berkenaan gara-gara nasi kandar yang dibelinya dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suspek yang datang bersama seorang rakan dikatakan tidak puas hati dengan harga nasi kandar yang dikenakannya lalu menumbuk muka mangsa.
Lelaki warga tempatan itu juga bertindak membuang bungkusan makanan itu ke lantai restoran berkenaan sebelum meninggalkan restoran tersebut.

Mangsa yang merupakan warga Bangladesh tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid berkata, suspek hilang kawalan diri.

“Bagaimanapun, selepas sepuluh minit suspek dan rakannya kembali dan memecahkan kaca tempat memanas makanan menggunakan sebilah parang sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.
“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bagi membantu siasatan. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” kataya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana