Pelampau Budhha bantah bantuan antarabangsa pada etnik Rohingya...Apa Hal Plak...Sakit Otak Ker Apa?

Kumpulan nasionalis Buddha berikrar membantah desakan antarabangsa supaya negara itu membantu menyelesaikan krisis pelarian yang melanda Asia Tenggara.
Sami yang juga pelampau Buddha terkenal Pamaukkha berkata, perhimpunan membantah tekanan masyarakat antarabangsa akan diadakan hari ini di Yangon.

Ia sebagai tindak balas terhadap desakan supaya Myanmar menyediakan bantuan kepada pendatang dan menangani punca krisis pengaliran keluar beramai-ramai pendatang dari pantai negara itu dan Bangladesh.

“Kami membantah beberapa negara asing yang menekan Myanmar supaya menerima pelarian seolah-olah mereka datang dari negara ini,” kata Pamaukkha.

Krisis pelarian mencengkam Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu apabila lebih 3,500 pelarian ekonomi Bangladesh dan etnik Rohingya yang tidak diiktiraf Myanmar sebagai warga negara tiba di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Ribuan lagi dipercayai terdampar di laut tanpa bekalan makanan mencukupi.

Kumpulan nasionalis Buddha di Myanmar semakin lantang sejak beberapa tahun lalu dalam menyuarakan tentangan terhadap etnik Rohingya yang mereka anggap pendatang haram dari Bangladesh.

Keganasan ke atas etnik itu di Rakhine tiga tahun lalu menyebabkan ribuan penduduk Rohingya mati dan 140,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Pihak berkuasa Myanmar dipercayai menyembunyikan pelarian etnik Islam Rohingya yang diselamatkan bersama-sama beratus-ratus pendatang Bangladesh pada minggu lalu.

Portal Burma Times yang memetik kenyataan sumber yang ditemui di Hashurata, selatan Maungdaw melaporkan tentera laut Myanmar menyelamatkan kira-kira 300 pendatang asing di laut dan membawa mereka ke darat ke tempat yang tidak diketahui dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Jelas sumber itu, pada masa tersebut, pegawai perisikan dan jabatan imigresen mengiringi ke­semua pendatang itu ke sebuah sekolah agama untuk penganut Islam di kawasan yang sama bagi menjalani sesi siasatan.

“Kemudian mereka memasukkan kira-kira 70 lelaki dan 30 wanita, dipercayai etnik Rohingya ke dalam beberapa trak dan beredar dari situ.

“Selepas itu, kerajaan mengumumkan seramai 208 pendatang dari Bangladesh diselamatkan dari sebuah bot, tetapi tidak melaporkan tentang nasib kira-kira 100 etnik Rohingya yang diasingkan sebelumnya,” kata sumber tersebut.

Kerajaan Myanmar mendakwa kesemua orang hanyut yang diselamatkan merupakan rakyat Bangladesh yang menyamar sebagai etnik Rohingya untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Dalam pada itu, sumber yang sama menjelaskan terdapat etnik Rohingya dalam kalangan pendatang yang ditahan mengaku datang dari kawasan Chittagong, Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan oleh kerajaan Myanmar.

Malah ada penduduk tempatan mendakwa pihak tentera menyelamatkan sebuah lagi kapal kecil pada hari yang sama, tetapi mengiringi bot berkenaan ke lokasi yang tidak diketahui.

Bagaimanapun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana