PBSNT hantar surat bantahan rasmi kepada FAM

KUALA NERUS: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menghantar surat bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan pengadil pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Lions XII, malam tadi. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata seandainya badan induk bola sepak negara itu tidak mengambil tindakan sewajarnya, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk meminta PBSNT menarik diri daripada saingan Liga Malaysia.

"Saya sudah minta pihak pengurusan PBSNT menghantar surat bantahan rasmi kepada pihak pengurusan FAM berhubung perkara itu untuk dinilai semula. Kalau perlu, lakukanlah pertandingan ulangan. "Jika didapati bahawa memang pemain Terengganu tidak ofsaid, tapi FAM tidak mahu mengambil tindakan sewajarnya, jadi kemungkinan saya tidak teragak-agak untuk meminta pasukan bola sepak Terengganu menarik diri dalam pertandingan seterusnya nanti. "Ini penegasan yang saya beri sebagai mewakili pihak kerajaan negeri Terengganu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Pusat Pengajian Siswazah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan perasmian bengkel pengurusan zakat di dewan besar universiti itu hari ini.

Menteri Besar merujuk kepada ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob yang membatalkan gol keempat pasukan Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias kerana dikatakan ofsaid hingga Terengganu terlepas peluang melayakkan diri ke pentas final. Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Gara-gara gol keempat Terengganu dinafikan, hampir 15,000 penyokong pasukan tersebut bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans serta merosakkan beberapa kemudahan lain di dalam dan luar perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Lebih mengecewakan lagi apabila penyerang Terengganu Paulo Rangel dilayangkan kad merah manakala Gustavo Fabian Lopez menerima kad kuning kedua kerana dikatakan membantah keputusan pengadil itu. Insiden itu menyebabkan pasukan simpanan persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan kekecohan tersebut. Ahmad Razif berkata pihaknya menganggarkan kerugian kerosakan stadium kira-kira RM150,000, tidak termasuk kebakaran ambulans dan cermin bas pemain dan penyokong pelawat dipecahkan. "Kerosakan stadium ini akan segera kita baiki.

Dari segi kerosakan itu tidak membabitkan struktur stadium, cuma seperti cermin pecah dan beberapa perkara lain. Kita hanya tutup satu hingga dua hari sebab penyiasatan perlu dibuat," katanya. Ahmad Razif berkata beliau melihat terdapat sedikit kelemahan di pihak pengadilan yang wajar diberikan perhatian oleh pihak jawatankuasa pertandingan FAM dalam menangani keadaan semasa pertandingan. "Sewajarnya semasa pertandingan sebegitu, dengan keadaan semangat penonton (yang tegang), pengadil perlu memainkan peranan utama dengan bersikap bertolak ansur dan sebagainya. "Jadi kemarahan yang dicetuskan penyokong semalam sudah pasti kerana tidak puas hati dengan isu pengadilan, ditambah lagi dengan isu kad merah ... ini yang membangkitkan lagi kemarahan," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana