PASMA perkara kecil... kata Mat Sabu..Masih Nak Cover Lagi


Kewujudan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang dikuasai pemimpin PAS disifatkan isu kecil dan PAS sendiri tidak terkesan dengan kewujudannya.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu banyak lagi masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan dan bagi saya PASma ini perkara kecil dan tidak ada kesannya kepada parti.

PASMA sebelum ini dikritik hebat oleh Dewan Ulama PAS kerana terang-terang menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berikutan itu beberapa PAS negerimelarang ahli mereka menyertai program yang dianjurkan PASMA.

Mat Sabu yang dalam akan mempertahankan jawatan nombor dua PAS Jun ini turut menggesa agar budaya kafir-mengkafir yang kian menular dalam kalangan anggota PAS dibendung.

Beliau bagaimanapun menegaskan budaya itu hanya boleh ditangani jika setiap anggota menghormati dan menerima pelbagai perbezaan pandangan yang disuarakan di antara satu sama lain.

"Perkara ini cukup berbahaya malah akan menjahanamkan parti sekiranya tidak dibendung dengan baik.

"Kita boleh berhujah, berbeza pandangan tetapi jangan sampai kafirkan satu kumpulan yang lain.

"20 tahun pun belum tentu PAS akan capai tahap sepertimana parti ini berada sekarang sekiranya budaya ini dibiarkan menular.

"Saya dahulu berbeza pendapat dengan Ustaz Abu Bakar Chik (AJK PAS Pusat) tetapi kami boleh duduk bersama dan buat pelbagai program menghadapi Umno dan BN," katanya di Perak pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana