PAS Tidak Semestinya Diteraju Ulama, Kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR 11 Mei - PAS hari ini menegaskan parti tersebut tidak semestinya diterajui kumpulan Ulama bagi mengisi dua jawatan tertinggi parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, kumpulan ulama boleh menyokong pemimpin parti bagi mengelakkan PAS terpesong dari perjuangan sebenar.

“Kepimpinan Ulama’ diinstitusikan dalam PAS melalui pembentukan Majlis Syura Ulama’ (MSU), dan dalam menentukan nas dan dalil (supaya PAS tak terpesong dari dasar Islam) MSU adalah rujuan tertinggi, maka peranan menentukan hukum adalah tugas MSU.

“Tugas AJK PAS Pusat pula adalah perlaksana di mana kepakaran lain lebih diutamakan iaitu perancangan, pengurusan, bacaan politik, penentuan strategi dan lain-lain, oleh itu perlembagaan membenarkan jawatan ini dipegang oleh selain ulama’, berdasarkan penjelasan di atas, Preidens dan Timbalan Presiden tidak semestinya ulama,” katanya lapor BNBBC.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan meletakkan calon Ulama bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS menjelang Pemilihan PAS, Jun ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipimpin golongan ulama dan ahli PAS seharusnya memilih golongan ulama itu supaya parti tidak terpesong daripada perjuangan asal.

“Maka dua tunggak PAS ini mempunyai perana masing-masing yang berbeza antara satu sama lain, untuk tentukan hukum, adalah tugas MSU, untuk tentukan strategi dan perlaksanaannya, adalah tugas AJK PAS Pusat.

“Sekiranya strategi dan perlaksanaan bercanggah dengan hukum, MSU boleh halang kehendak AJK PAS Pusat atas alasan ianya bercanggah dengan Islam serta bercanggah dengan perlembagaan parti, jadi saya tidak setuju dengan pendapat yang dikeluarkan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana