PAS TIADA MASALAH KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT....TINGGAL JER

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata. PAS mampu berdiri sendiri sekiranya memerlukan mereka keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, PAS sudah mempunyai pengalaman sebagai sebuah parti yang bergerak sendirian.
Bagaimanapun katanya, segala keputusan untuk meninggalkan gabungan berkenaan sepatutnya diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Dalam hal ini, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya boleh membuat cadangan sahaja.
“Segala keputusan akhir sama ada kekal atau meninggalkan gabungan adalah bergantung pada keputusan pada muktamar itu sendiri bulan hadapan,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Chepa, hari ini.

Difahamkan, keputusan PAS untuk meneruskan undang undang hudud di Kelantan menimbulkan rasa kurang senang rakan parti dalam PR khususnya DAP.Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan partinya masih dalam PR dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan di dalam gabungan tiga parti berkenaan.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP akan diundang pada ceramah pada 29 Mei ini di Kelantan, Mohd Amar berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya.
Apapun katanya, sekiranya DAP turut diundang mereka tidak sepatutnya atau perlu menggelak untuk berbicara mengenai isu yang sensitif.
“Ada banyak isu sekarang ini untuk dibincangkan termasuklah GST, Tun Dr Mahathir vs Najib dan sebagainya.

“Saya rasa isu sebegini yang lebih baik dibawa oleh DAP berbanding isu hudud,” katanya.
Difahamkan, pada ceramah di Tumpat itu bakal penceramah termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana