PAS Terengganu Harap Husam, Ahmad Awang Tarik Diri

KUALA TERENGGANU 8 Mei - PAS Terengganu mengharapkan tiada sebarang pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu menjelang Muktamar Tahunan PAS, bulan depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan kepimpinan presiden sedia ada sebagai terbaik dan berharap dua calon lain yang layak bertanding di peringkat jawatan presiden iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang menolak pencalonan berkenaan.

Beliau berharap kedua-dua mereka bijak mengambil keputusan memandangkan Abdul Hadi ketika ini sudah jauh mendahului dengan angka pencalonan begitu besar berbanding Husam dan Ahmad.

“Melalui pencalonan itu sebenarnya kita sudah dapat lihat isyarat yang diberi oleh perwakilan peringkat kawasan, tetapi terserah kepada empunya diri untuk bertanding atau tidak. Harapan kita supaya tiada pertandingan.

“Kita harap mereka tengok pencalonan dan nilai (jumlah) pencalonan yang diberi. Ia sudah cukup memberi isyarat daripada perwakilan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Laporan sebelum ini memetik, tiga daripada empat nama dicalonkan melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan layak bertanding bagi jawatan Presiden PAS.

Antara nama melepasi had kelayakan bertanding adalah Husam dan Ahmad.

Dalam kenyataan terbaharu, Ahmad memberitahu bahawa beliau mahu tunggu surat rasmi dikeluarkan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Sementara itu, Satiful Bahri berkata, di Terengganu, semua perwakilan di lapan kawasan mencalonkan Abdul Hadi sebagai presiden dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden.

Menurutnya, keadaan itu bukan hanya berlaku di negeri ini tetapi juga sebahagian besar kawasan di negeri lain kerana gabungan kedua-duanya cukup menggambarkan bahawa PAS benar-benar menyokong dan mendukung kepimpinan ulama.

“Saya rasa kepimpinan ulama diberi isyarat jelas untuk jadi teras kepada kepimpinan selari dengan prinsip perjuangan PAS,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana