PAS anjur himpunan bantah Tabung Haji Jumaat depan...Inilah Pandai Kerja PAS...selama Ini berpuluh Tahun Tak Ada Plak Berterima?

KUALA LUMPUR: Himpunan bantahan terhadap Tabung Haji akan diadakan selepas solat Jumaat, 15 Mei ini, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahuz Omar.

Himpunan itu akan diadakan di negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat.

"Selepas solat Jumaat kita akan berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji di seluruh negara.

"Ini bagi negeri yang bekerja pada hari Jumaat dan bagi negeri-negeri yang cuti pada Jumaat mereka akan berhimpun pada hari Isnin," katanya dipetik Harakahdaily.

Himpunan anjuran PAS itu menyasarkan pemegang akaun Tabung Haji selain masyarakat awam lainnya.

"Pendeposit akan berhimpun dan mereka boleh membuat pengeluaran wang yang disimpan, jika giliran untuk mengerjakan fardu haji masih lambat lagi.

"Tindakan ini adalah pengajaran kepada Tabung Haji yang menggunakan wang mereka untuk pembelian tanah yang tidak masuk akal itu," katanya yang juga Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tabung Haji.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam memberitahu pihaknya akan menjual tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasil penjualan hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu, Tabung Haji dijangka memperolehi keuntungan RM5 juta selepas membelinya dengan harga RM188.5 juta.

Azeez dalam pada itu menafikan pembelian oleh Tabung Haji itu berupa "bail out" untuk 1MDB, yang merupakan syarikat pelaburan milik kerajaan yang menanggung beban hutang RM42 bilion ringgit.

Beliau menegaskan wang penyimpan Tabung Haji langsung tidak disentuh bagi tujuan pembelian tanah dari 1MDB itu.

Azeez turut mempertahankan keputusan Tabung Haji membeli tanah itu adalah keputusan komersial semata-mata dan bukan untuk menyelamatkan mana-mana syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana