PAS ada hak 'marah' DAP, kata Hadi

KUALA LUMPUR: PAS berhak 'memarahi' rakan sekutunya, DAP apabila membabitkan perkara yang melibatkan agama Islam, merujuk kepada pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang ingin dilaksanakan di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, 'marah' dalam konteks berkenaan adalah diizinkan Allah kerana parti dominasi Cina itu bertindak lebih dari sepatutnya apabila menentang hasrat kerajaan PAS Kelantan.

"Kita marah pada perkara yang Allah izin, perkara yg Allah tak izin, kita tak marah.

"Ada marah baik dan ada marah yang tidak baik.

"Tanggungjawab kita dalam perkara Islam, kita mesti marah. Kalau tak ada marah dalam perkara Islam, tak ada kemanisan iman," katanya dalam program Bicara 2 Jam bersama Presiden PAS sebentar tadi, sambil disambut laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan penonton yang mempersoalkan tindakan PAS 'terlalu marah' dengan DAP, sehingga dilihat tidak selari dengan imej sebagai sebuah parti yang berkonsepkan dakwah.

Ujar Hadi, PAS mempunyai alasan untuk berbuat demikian apabila hukum hudud yang ingin diperjuangkan itu hanya melibatkan orang Islam.

Malah katanya, DAP ada hak untuk tidak bersetuju, tetapi bukan menentang sehingga menjejaskan hubungan bersama PAS.

"Kita kemuka benda (hukum hudud) yang berkait untuk org Islam sahaja dan kita sudah adakan pertemuan dengan DAP.. Kelantan ada haknya, DAP pun ada hak nak tidak setuju.. Namun demikian mereka buat kenyataan menentang. Ini hak Kelantan," ujar Hadi.

Dalam masa yang sama, Hadi ketika diminta maklum balas berhubung usul persendirian berkaitan hudud yang dikatakan tidak tersenarai dalam sidang Dewan Rakyat kali ini berkata, satu pertemuan antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat akan diadakan bagi membincangkan perkara itu.

"Insyaallah satu perbincangan akan dibuat antara kerajaan Kelantan dan pusat.. Ada ramai yang salah paham.

"Pusat hanya buat pindaan, itu sahaja peranan pusat.. Kita nk pinda 3,5,6 (3 tahun penjara, RM 5000 denda dan 6 sebatan) kepada hukum yang sesuai dengan syariat Islam," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana