Panggillah, Saya Tidak takut, Tiada Apa Yang Disembunyikan – Pengerusi 1MDB

Apa nak ditakuti Berani kerana benar takut kerana salah....

Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin menyatakan beliau tiada masalah untuk berjumpa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi tujuan penyiasatan.

“Jika mereka jemput, saya pasti akan hadir. Saya masih belum periksa dengan pengurusan, saya belum terima apa-apa jemputan lagi,” katanya semasa ditanya wartawan selepas merasmikan pusat beli belah Boustead’s MyTown di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur hari ini.

Lodin berkata, pihak 1MDB tidak menyembunyikan sebarang perkara daripada pengetahuan umum walaupun kritikan dan kecaman terhadap syarikat pelaburan tersebut semakin hebat kebelakangan ini.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamad mengesahkan ia akan memulakan prosiding siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei ini.

PAC akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.

Minggu berikutnya, 26 Mei, PAC akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, serta bekas CEO pertama 1MDB Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, yang berkhidmat sejak Mac 2009 hingga Mac 2013.

“Tidak ada setakat yang saya tahu,” kata Lodin ditanya sama ada 1MDB menyembunyikan sesuatu.

Mengenai dakwaan terbaru dibuat PKR hari ini membabitkan pinjaman berjumlah RM3.5 bilion di projek pembangunan Bandar Malaysia, Lodin berkata, perkara tersebut perlu dijawab oleh Arul.

“Tentang itu awak perlu tanya kepada Arul, tanya kepada pengurusan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana