Pandikar nafi dakwaan Dr Mahathir beliau letak jawatan Speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau telah letak jawatan.

Ini diberitahunya menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan lewat Sabtu malam ekoran dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu ceramah di Ipoh pada sebelah petang.

Katanya beliau akan bertugas seperti biasa pada persidsangan mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen ke 13 mulai Isnin 18 Mei hingga 18 Jun 2015.

BERITA SEBELUM INI ....Dr Mahathir dakwa Pandikar sudah letak jawatan Speaker Dewan Rakyat...Shahidan nafi

Betul ke?...Ini yang menjadi tandatanya bila Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah letak jawatan.

Tanpa beri sebabnya,bekas Perdana Menteri itu kata pada satu ceramah di Ipoh petang Sabtu bahawa Pandikar ada datang jumpanya dan beritahu tidak mahu lagi jadi Speaker.

Pandikar menjadi Speaker sejak April 2008 mengantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Sebelum itu tokoh politik dari Sabah ini ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir memberitahu mengenai Pandikar semasa menjawab soalan hadirin bolehkah Dewan Rakyat singkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerusi undi tidak percaya.

Sementara itu kalangan pegawai di Parlimen dikatakan tidak tahu menahu mengenai kisah Pandikar dikatakan sudah letak jawatan.

Malah menurut salah seorang dari mereka segala urusan untuk Pandikar menjalankan tugas seperti biasa pada sidang Parlimen mulai Isnin ini berjalan seperti biasa.

Sehingga berita ini ditulis awal Sabtu malam,Pandikar sendiri belum dapat dihubungi untuk mengesahkan apa yang dikata oleh Dr Mahathir itu.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee pula anggap dakwaan Pandikar sudah letak jawatan hanya spekulasi.

Katanya Pandikar tidak sebut pun hal berkenaan semasa mereka berdua beberapa hari lalu.

Menurut beliau spekulasi Pandikar letak jawatan sudah berlegar sejak sisi sidang Dewan Rakyat lalu yang berakhir 9 April.

Namun Pandikar muncul dan pengerusikan sidang setelah beberapa hari tidak hadir.

Minggu lalu beliau pengerusikan mesyuarat persiapan Sidang Speaker Komanwel yang akan diadakan di Kota Kinabalu Januari depan.

Pandikar juga hadir semasa Perdana Menteri merasmikan projek perumahan rakyat di Kota Belud minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DatuK Seri Shahidan Kassim yang jaga urusan Parlimen menafikan Pandikar letak jawatan.

Katanya kalau betul beliau dan Perdana Menteri orang yang pertama yang akan tahu.

Shahidan berkata Setiausaha Parlimen memberitahunya tiada surat perletakan jawatan diterima setakat ini dari Pandikar.

Beliau hairan dimana Dr Mahathir dapat khabar Pendikar letak jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana