Panasss!!! Golongan 'mabuk kuasa' bersekongkol dengan Kit Siang

Pemimpin PAS yang membiarkan Penasihat DAP Lim Kit Siang menggunakan pentas ceramah parti itu untuk menyangkal hukum hudud disifatkan mabuk kuasa oleh  Exco Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Menurutnya walaupun Lim secara terang bersikap biadap di hadapan lebih 1,000 penyokong PAS namun malangnya penganjur tidak bertindak tegas sebaliknya membutakan mata hanya demi kepentingan peribadi mereka.

"Paling menyedihkan ada segelintir pemimpin PAS yang bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan sewajarnya golongan 'mabuk kuasa' itu boleh melantik Kit Siang sebagai 'Mursyidul Am' mereka.

"Tindakan tidak beradab Kit Siang itu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin atau ahli PAS di kawasan itu tidak membenarkan pemimpin veteran itu memperlekehkan undang-undang Islam di hadapan umum," katanya dalam satu kenyataan media Khamis.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga hadir ketika ceramah turut dianggap sebagai petualang agama kerana hanya berdiam diri sahaja tanpa tampil menegakkan hudud yang perjuangkan parti itu.

"Mohamad Sabu juga sanggup menjadi pak pacak apabila hanya berdiam diri ketika Kit Siang menyanggah pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan dan beliau sepatutnya berasa malu dengan diri sendiri kerana menjadi petualang agama.

"Apakah seperti ini yang diharapkan dapat menegakkan syiar Islam kerana beliau sendiri takut atau tunduk dengan kehendak pemimpin DAP yang jelas menentang hukum hudud," tegasnya.

Pergerakan Pemuda Umno memberi amaran kepada Lim agar tidak bersuara tentang hukum Islam itu.

"Kami mengecam sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pemimpin bukan Islam yang tidak tahu menghormati agama ini dan member amaran kepada Lim Kit Siang agar tidak lagi bercakap mengenai hukum hudud," ujarnya.

Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana baru-baru ini, Lim menggunakan ruang pentas itu untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.

Ceramah tersebut turut dihadiri Mat Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana