Orang Yang Bermuka Muka.....Mat Taib mungkin tinggalkan PAS

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, membayangkan bahawa beliau akan keluar daripada PAS selepas pemilihan parti yang akan berlangusng Jun ini.

Beliau berkata demikian ekoran kecewa dengan hala tuju parti Islam itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Dalam satu forum yang dipetik daripada Malaysiakini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi," katanya lagi.

Muktamar Tahunan Pas kali ke-61 awal bulan depan dijangka bakal menjadi paling menarik untuk disaksikan susulan pelbagai pergolakan yang berlaku dalam parti itu.

Selain itu, pertandingan bagi jawatan Presiden buat pertama kali berlaku dalam sejarah PAS bakal dinanti-nantikan semua pihak selepas bekas Naib Presiden Ahmad Awang mengesahkan diri untuk mencabar kerusi nombor satu yang disandang Abdul Hadi.

Kesediaan Ahmad untuk bertanding menyaksikan buat julung kali dalam tempoh 13 tahun jawatan Presiden PAS yang disandang oleh Abdul Hadi sejak 2002 akan dicabar.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan pemuda, muslimat dan ulama dijadualkan berlangsung di Muktamar PAS ke-61 pada 4-6 Jun nanti di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana