Nik Abduh Kecam Kaw Kaw.... Pihak Benar Kit Siang Ceramah Di Kota Baru...Beraninya Lim Kit Siang Beri Ceramah DiKelantan Yer?

KOTA BARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz mengecam tindakan ahli PAS yang menjemput Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memberi ceramah di sini.

Beliau mendakwa, tiada ahli PAS yang berani bertindak demikian ketika bapanya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat masih hidup.

"Ramai yang bertanya dan saya bersetuju dengan mereka bahawa jika bapa saya masih hidup, tiada siapa berani menjemput Lim ke Kota Baru untuk memberi caramah kerana dia telah menolak undang-undang Allah.

"Berdasarkan perkembangan terkini, saya berdoa agar semua pemimpin PAS yang menyokong hudud akan meneruskan usaha Allahyarham supaya hudud dapat dilaksanakan.

"Pada masa sama, kita juga perlu berwaspada dengan tipu daya dan pihak yang boleh merosakkan parti," katanya pada Selasa.

Pada Isnin Lim dilaporkan berkata beliau bukan anti-Islam tetapi tidak bersetuju dengan pelaksaan hudud pada ceramah berkenaan.

Lim juga memberitahu, beliau dan pemimpin tertinggi DAP telah mengungjungi negara seperti Jordan dan Mesir yang tidak melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mendakwa kononnya beribu pelajar Malaysia di sana menyifatkan hudud punca keretakan Pakatan Rakyat ketika ini.

Yang turut hadir pada ceramah berkenaan ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana