'Nasib Anwar bagai Nelson Mandela...Kah Kah..Jangan Buat Lawak Lah

PERMATANG PAUH - Nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berakhir seperti Nelson Mandela yang diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata, keadaan itu boleh terjadi jika berlaku perubahan kepada kepimpinan utama negara.

"Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam batas politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir.

"Sebaliknya nasib Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden," katanya kepada pemberita selepas Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik negara.

"Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara.

"Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah," ujarnya.

Ditanya tentang keupayaan Anwar untuk mengambil alih pentadbiran disebabkan faktor umur, beliau berkata perkara bukan halangan kerana bekas ahli Parlimen didakwa masih menyegat dalam politik negara.

"Bagi saya dia (Anwar) masih menyengat dan dia akan menyengat dalam 15 tahun akan datang ini, kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang.

"Macam Tun Dr Mahathir sendiri, walaupun umur 90 tahun, bayangkan perkara sama dimiliki Anwar dari segi pemikiran, kesihatan dan umurnya mencecah 67 tahun, dia masih ada 22 tahun lagi untuk beliau berkecimpung dalam arena politik Malaysia," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana