Nak Kata Apa Lagi Ni....PKR,DAP enggan beri sokongan di Parlimen untuk PAS laksana hudud

 PETALING JAYA: PAS Kelantan bakal berdepan dengan jalan yang sukar sekiranya tetap berdegil mahu membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 1993 (Pindaan 2015) atau hudud pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kesusahan yang terpaksa ditelan oleh PAS ialah apabila berdepan dengan sokongan yang akan diterimanya sendiri daripada ahli-ahli parlimen kelak.

“Saya fikir kita sudah keluarkan kenyataan sebelum ini, kalau mereka (PAS Kelantan) bawa pun ke parlimen, itu adalah jalan yang sukar untuk mendapatkan status quo,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan PAS yang menghantar semula notis ke Parlimen untuk membawa hudud ke Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang akan mula bersidang Isnin ini.

Mungkin orang PAS sudah mula menerima Lim Kit Siang Kot selepas Lim Kit Siang beri penerangan kepada ahli PAS diKelantan tempah hari.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya berharap rang undang-undang persendirian itu dapat dibahaskan memandangkan ia tidak sempat untuk dibahaskan pada Mesyuarat Pertama persidangan itu yang diadakan sejak 9 Mac hingga 9 April lepas walaupun sudah diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pakatan Rakyat sebelum ini menegaskan sebarang keputusan berhubung hudud perlu berlandaskan konsensus yang melibatkan ketiga-tiga parti (DAP-PAS-PKR).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata samada mendapat sokongan diperlukan atau tidak PAS Kelantan tetap akan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ke Parlimen.

Katanya, walaupun terdapat Ahli Parlimen yang tidak akan memberikan undi serta menyatakan sokongan kepada parti itu ketika sesi pembentangannya nanti ia bukan pertimbangan utama.

Mohd Amar berkata, Sama ada menyokong atau tidak, itu adalah perkara kedua selain memastikan rang undang-undang persendirian tersebut dapat dibentangkan di Parlimen.

Malah katanya, tanggungjawab PAS Kelantan membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen, dengan harapan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam menyokongnya.

Dalam perkembangan lain, Izzah juga tidak bersetuju dengan desakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur ekoran kontroversi yang melanda ketika ini.

Sebaliknya beliau berkata, hanya pilihan raya sahaja akan dapat menentukan siapa yang layak mentadbir negara.

“Saya sudah respon semalam, justeru pada saya titik kesatuan amat bertumpu kepada keperluan menggantikan sistem sedia ada, yang bergantung kepada pimpinan UMNO-Barisan Nasional, maka isu reformasi dasar itu tidak boleh lari.

“Saya fikir apa pun selama ini, kita amat konsisten dengan pendirian, iaitu bertanding dalam pilihan raya, menukar kerajaan melalui pilihan raya, tiada persoalan terhadap parti-parti pembangkang ini, kita akan menukar kerajaan melalui pilihan raya,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan Najib patut terus berkhidmat sebagai perdana menteri kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil.

Katanya, Najib tidak harus tunduk pada tekanan dan harus diberi peluang menyelesaikan masalah dihadapi dan menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana