Nak Jugak Lagi....Mat Sabu umum pertahan jawatan Timbalan Presiden

SHAH ALAM: Selepas berdolak-dalik dan mengelak mengulas mengenai status samada mahu bertanding atau tidak dalam pemilihan parti, akhirnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengumumkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya kini.

“Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad berkata mahu terus membantu parti dan presiden, terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, NGO dan pelajar.

Beliau juga berkata PAS perlu akur bahawa lebih 60 tahun di persada politik, sokongan orang Islam kepada PAS masih bawah paras 50 peratus.

“...oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipatgandakan, di samping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada bukan Islam dan rakyat awam,” katanya.

Mengakui ia kerja mencabar, Mohamad mengingat anggota PAS supaya kekal yakin, sabar dan tekun untuk meraih hasilnya.

Sebelum ini Mat Sabu enggan mengesahkan samada untuk bertanding atau tidak pada Mei ini.

Mat Sabu diramal berdepan laluan sukar berikutan saingan terdekatnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kini sudah mula mendahului berdasarkan undi diterima di setiap kawasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana