Najib terbaik dalam membantu pembangunan di Sabah - Rahman

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mendapat sokongan daripada pemimpin Umno untuk terus menerajui dan memimpin kerajaan.

Menurut ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tiada pemimpin lebih baik daripada Najib untuk negeri di bawah bayu itu.

“Tiada pemimpin, dulu dan sekarang, yang mempunyai rekod kerja lebih baik daripada Najib dalam membantu pembangunan dan rakyat Sabah.

“Tiada,” tulis Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di Twitter.

Sokongan itu dinyatakan ketika kepimpinan Najib diasak berterusan, terutamanya dalam isu berkaitan syarikat pelaburan cetusan ilhamnya 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Najib pagi semalam menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kampung Pirasan, Kota Belud.

Beberapa jam selepas itu beliau hadir ke perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah, Tawau, yang dilihat antara usaha bagi mempamerkan kekuatan kepada pengkritiknya, termasuk perdana menteri 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di Tawau Najib menegaskan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama perdana menteri di Padang Perbandaran Tawau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana