Najib persoal motif Mahathir....Entahlah Melayu...Melayu Bersatu Lah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Beliau berkata, persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr. Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr. Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr. Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

“Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempu­nyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

“… dan seperti biasa jawapan Tun adalah: ‘Mana buktinya?“ Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengari­nya,“ kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com..

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr. Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian ‘Soalan Lazim’ dalam blog beliau.

Najib berkata, meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Najib menegaskan bahawa Dr. Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

“Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara,“ katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepemimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi,“ kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih pen­ting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai `tidak adil atau mengelirukan’ berhubung kritikan yang dilontarkan Dr. Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: “Beliau (Dr. Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

“Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau.“

“Kita mesti juga sentiasa menghormati orang lebih tua yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Namun begitu, saya tahu ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya untuk mentadbir negara, dan ini termasuk mengatasi sendiri segala masalah dan cabaran mendatang,“ kata­nya. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana