Najib janji terus bela masa depan rakyat

TAWAU - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa beliau akan terus membela kepentingan dan masa depan mereka selagi beliau menjadi perdana menteri.

Najib berkata keazaman beliau itu didorong oleh sokongan padu berterusan dan ikhlas rakyat Sabah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya.

"Saya mendapat mandat untuk memimpin negara. Saya juga mendapat mandat untuk memperjuangkan untung nasib rakyat Sabah, Malaysia. Saya cukup senang hati sebab orang Sabah ini ikhlas.

Saya setuju kata Datuk Seri Musa (Ketua Menteri Sabah) tadi. Orang Sabah ini, kalau kita buat baik, dia balas baik.

"Kalau kita buat jahat, barangkali dia balas lagi jahat. Orang Sabah jangan bimbang. Selagi saya jadi perdana menteri, saya memang memberi keutamaan kepada Sabah," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 hadirin pada program Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau, di sini, hari ini.

Najib berkata, selama ini pun kerajaan pusat pimpinannya sudah memberi peruntukan besar kepada Sabah dan sedang mempertimbangkan dan barangkali beliau sudah tergerak hati untuk meluluskan permohonan baharu bagi Sabah sebanyak RM270 juta.

Katanya adalah berbaloi untuk menolong Sabah kerana orang Sabah tidak lupa malah ikhlas terus memberi sokongan dan kemenangan kepada BN Sabah setiap kali pilihan raya sehingga Sabah dianggapnya sebagai simpanan tetap untuk BN.

Najib berkata sudah menjadi lumrah dan adat dalam hidup dan dalam dunia politik akan ada saat susah dan saat senang, namun beliau mahukan rakyat Sabah supaya terus menyokong kepimpinannnya walau dalam keadaan apa sekalipun demi kepentingan Sabah.

"Tuan-tuan dan puan-puan boleh bergantung harap dengan saya sebagai Perdana Menteri. Beri peluang membantu Sabah sebab saya ingin melihat Sabah terus kukuh, terus maju, terus berjaya, terus progresif dan menjadi sebuah negeri yang boleh kita banggakan," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana