Naik taraf perkhidmatan beca...Syabas BN Terengganu Jaga Nasib Orang Bawah

KUALA TERENGGANU - Pengayuh beca di negeri ini akan diberikan uniform kerja rasmi agar ia nampak lebih seragam dan meyakinkan pelanggan, terutama pelancong dari luar Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata, uniform kepada lebih kurang 56 pemilik beca yang masih aktif itu dijangka diberikan selepas Aidilfitri nanti.

“Selain itu, kita juga mempunyai beberapa perancangan kepada pemilik 'teksi' ini memandangkan kebanyakan mereka terdiri dalam kalangan warga emas.

“Kita akan bantu mereka untuk lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada Pemilik Beca dan Bot Penambang di sini, kelmarin.

Menurut Mohd Jidin, objektif penyerahan insentif sebanyak RM200 setiap bulan kepada pemilik beca dan bot penambang di daerah ini akan membantu meringankan beban sara hidup mereka.

“Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM200,000 bagi insentif kepada 56 pemilik beca dan 20 pemilik bot penambang dalam tempoh setahun,” katanya.

Papar iklan

Tambahnya, memandangkan keperluan perkhidmatan beca dan bot penambang amat terbatas, perkhidmatan ini akan memberi fokus kepada kawasan produk pelancongan utama seperti Pasar Payang dan Kampung Cina.

“Kerajaan negeri melalui anak syarikat dan beberapa syarikat korporat lain akan menggunakan beca sebagai paparan iklan bergerak dan ia dapat memberi pendapatan kepada mereka.

“Selain itu, terdapat juga beberapa program lain yang menggunakan perkhidmatan beca bagi membawa kumpulan pelancong dari hotel melawat sekitar bandar raya,” katanya.

Beliau berkata, terdapat pelbagai perancangan yang telah dirangka bagi membuka peluang kepada pemilik beca dan bot penambang peroleh pendapatan.

“Dalam perancangan lain, kerajaan negeri juga akan menampung kos membaiki beca yang tidak bertanding pada Program Kenderaan Berhias Sempena Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini.

“Selain itu, bot penambang juga akan dicat semula dalam usaha membaik pulih perkhidmatan beca dan bot itu di negeri ini,” katanya.

Kata Mohd Jidin lagi, kerajaan negeri melalui Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) berusaha mengetengahkan perkhidmatan beca dan bot penambang kepada penduduk serta pelancong asing pada masa akan datang.

“Salah satu perancangan awal adalah mempamerkan beca berhias pada penganjuran Festival Peranakan Terengganu 2015 yang akan diadakan pada 5 hingga 10 Jun 2015 bertempat di Kampung Cina, Kuala Terengganu,” katanya.

Bagi pemilik bot penambang pula, katanya, perkhidmatan itu masih lagi menjadi pilihan kepada masyarakat setempat baik untuk urusan urus niaga, kerja atau santai.

“Terdapat 20 pemilik bot penambang yang menyediakan perkhidmatan ulang alik dari jeti Kampung Seberang Takir, Pasar Payang, Pulau Duyung dan Kampung Jeram.

“Walaupun jambatan dan jalan raya telah dibina, perkhidmatan bot ini lebih murah, mudah, masih praktikal dan selesa dan ia masih jadi pilihan kepada penduduk selain pelancong yang inginkan pengalaman menyusur sungai Terengganu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana