Myvi familia: Jangan ingat ada 'orang dalam' boleh lepas - Zahid

Ingatan 'tulus ikhlas' daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan.
Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus.

"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama.

"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, Gombak, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu lalu, tiga sekeluarga termasuk seorang bayi tujuh bulan maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana