Muncung pesawat Turkish Airlines kemik dilanggar burung

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Turkish Airlines mengalami kemik yang agak teruk dan penyebabnya adalah seekor burung.

Pesawat dengan nombor penerbangan TK2004 itu dilaporkan terlanggar seekor burung ketika hendak melakukan pendaratan, mengakibatkan kerosakan di bahagian muncung dan sayapnya.

Bahagian muncungnya mengalami kemik yang ketara biarpun hanya melanggar seekor burung dua hari lalu.

Boeing 737-800 itu ketika itu dalam penerbangan dari Istanbul ke Nevsehir. Pesawat bagaimanapun selamat mendarat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Seorang jurucakap Turkish Airlines berkata, insiden sebegitu adalah perkara biasa dalam dunia penerbangan.

"Bahagian radom sesebuah pesawat direka menggunakan bahan yang lembut untuk mengurangkan kesan perlanggaran seperti ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana