Muktamar: Pertembungan PAS ulamak dan PAS 'alamak'...

Berentap sakan pemimpin-pemimpin PAS dalam pemilihan parti itu Jun depan.
Ada dua golongan yang menonjol, iaitu kumpulan yang setia dengan perjuangan PAS era kepimpinan ulama selepas tahun 1979, dan kumpulan yang mahukan perubahan dan menjadikan PAS lebih nasionalis seperti di zaman Datuk Mohamad Asri Muda.

Kumpulan PAS pro ulamak ini berkiblatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin nombor satu PAS, orang yang bersama-sama Allahyarham Haji Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengasaskan era kepimpinan ulama dalam PAS dengan tagline 'Membangun Bersama Islam'.

Dengan berinspirasikan Revolusi Islam Iran, kumpulan ulamak dibantu oleh anak muda dalam PAS pada awal tahun 1980-an, melancarkan 'kudeta' yang menyingkirkan kumpulan PAS nasionalis yang diketuai oleh Asri Muda, Datuk Abu Bakar Omar dan lain-lain.

Selepas lebih 30 tahun... PAS sedang menyaksikan apakah era kepimpinan ulama bertahan, atau satu kumpulan yang dianggotai aktibiv, ustaz, profesional yang mendapat dokongan DAP dan PAS berjaya mengambil alih PAS.

Kumpulan PAS 'alamak' ini... (namanya diberikan kerana berbagai aliran pemikiran pendokung kumpulan ini) berjaya menguasai pucuk kepimpinan utama PAS, sejak era reformasi dan tsunami politik 2008.

Namun mereka masih gagal untuk menguasai jawatan nombor satu, kerana ketiadaan tokoh.

Sebab itu pada Khamis, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia Ahmad Awang umum untuk bertanding jawatan nombor satu dalam PAS.

Ahmad Awang bukan siapa-siapa jika dibandingkan dengan Haji Hadi.

Namun kumpulan 'alamak' sudah pasti akan mendokongnya, sebagai calon alternatif hanya untuk memalukan kepimpinan Timbalan Ketua Ulama Sedunia itu.

Dan pada Jumaat kumpulan ulama PAS, bersorak sakan selepas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan akan mencabar orang nombor dua PAS, Mohamad Sabu.

Keputusan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dengan penyandang, Mohamad Sabu yang sudah membuat keputusannya untuk mempertahankan jawatan itu.

Tuan Ibrahim sebelum ini turut dicalonkan bagi jawatan Presiden PAS oleh PAS Kawasan Kota Bharu, namun menolak pencalonan terbabit dan menyokong kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Setelah meneliti jumlah pencalonan yang diterima dan demi meraikan PAS kawasan yang mencalonkan saya, maka saya akur dan dengan rendah diri menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke 61.

"Atas dokongan kalian, saya bersedia menggalas amanah yang berat ini bersama-sama kalian sekiranya diberi peluang oleh perwakilan di Muktamar PAS ke 61 untuk membawa PAS ke persada yang lebih tinggi," katanya menerusi akaun sosial Facebooknya pagi Jumaat.

Pemilihan Jawatankuasa PAS diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang dijangka 1 Jun ini.

Menjelang pemilihan parti jun ini, Haji Hadi dan golongan ulama PAS menjadi sasaran kritikan kumpulan PAS 'alamak' dan NGO satelit mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Di pihak Haji Hadi pulak, kumpulan PAS 'alamak' ini terlampau mendokong agenda Pakatan sehingga mengabaikan perjuangan Islamiah PAS.

Untuk rekod, pada muktamar PAS tahun 1983, semua jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden adalah ulama.

Selama tiga dekad selepas itu, presiden dan timbalan presiden PAS adalah ulama.

Namun, pemilihan Mohamad atau dikenali 'Mat Sabu' sebagai Timbalan Presiden PAS untuk dua penggal berturut-turut sejak 2011 mengalahkan dua tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan kemudian Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengubah senario.

Kedudukan Mat Sabu dalam parti dan popularitinya dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP membuka ruang lebih besar memperkukuh posisi golongan bukan ulama dalam PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana