Muka Syok Sendiri....Malu Lah Weiiii...PAS sokong PKR... kata anak Wan Azizah

Anak sulung calon PKR Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata pucuk pimpinan PAS tetap menyokong PKR walaupun berlaku protes dari segelintir anggota PAS terhadap PKR.
"Kami mendapat arahan sangat jelas daripada hierarki PAS yang kesemua pucuk pimpinan PAS menyokong penuh kami dan kami tidak mahu membangkitkan lagi perkara ini," katanya pada sidang akhbar Sabtu.

Beliau diminta mengulas protes senyap anggota PAS terhadap PKR pada pilihan raya kecil (PKR) kawasan Permatang Pauh.

Pada Jumaat, kira-kira 100 anggota yang didakwa mewakili Pemuda PAS mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh bagi mendesak Angkatan Muda Keadilan dan DAP menarik balik dakwaan menghina terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Terdapat Pemuda PAS kawasan yang mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan menyokong calon PKR di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah berkata PKR akan merujuk kepada kenyataan rasmi PAS yang telah dikeluarkan bagi menyokong calon PKR dalam PRK itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu sebagai anggota PAS.

Beliau berkata bahagian PAS telah menghantar mesej kepada pihaknya bagi memberitahu perkara itu.

"Kami akan minta mereka tentukan perkara itu dan menyelesaikannya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana