Muhyiddin mahu semangat UMNO dekati rakyat disemarakkan

JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin mahu semangat mendekati masyarakat akar umbi diteruskan bagi mengenal pasti masalah rakyat serta usaha mencari penyelesaian dapat dilakukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu juga selaras dengan usaha UMNO sebagai parti yang bertanggungjawab membantu masyarakat. "Semangat ini (membantu) harus diteruskan di peringkat bawah dengan menemui rakyat dan melihat apa yang diperlukan, apa yang perlu dibantu, apa yang boleh dibuat oleh parti.

"Ini supaya kita sedar UMNO parti sebenar untuk kita. Ini cabaran untuk melihat UMNO berupaya membela nasib. Zaman susah dan senang kita akan tetap bersama," katanya. Beliau berkata demikian berucap pada Himpunan Gelombang Merah Jambu, di Dataran Bandaraya, di sini, sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana