Menang besar…suara besar di Parlimen

Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin perlu memberi kemenangan besar pada Barisan Nasional (BN) pada 5 Mei ini bagi membawa suara yang besar dan kuat dalam kerajaan bagi membela rakyat di kawasan itu.
Ianya sekaligus membalas jasabaik bekas wakil rakyatnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang telah menabur bakti selama enam penggal di kawasan tersebut.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pada wartawan semasa sidang media selepas program kunjungan rumah kerumah di Kampung Setajam, Kuala Rompin, pagi Khamis.

Menurut Fadillah, arwah Jamaluddin berkhidmat di Rompin dengan membawa pelbagai pembangunan dan kemudahan asas.

Beliau melahirkan kepercayaan calon BN Datuk Hasan Ariffin akan meneruskan perjuangan arwah Jamaluddin dengan menambahbaikkan segala kemudahan dan khidmat kepada rakyat Rompin.

“Saya tidak lama datang berkempen di Rompin, tetapi sepanjang saya mengunjungi penduduk dari rumah kerumah, saya menerima maklumbalas yang baik daripada mereka.

“Saya boleh katakan penduduk Rompin ini semuanya penyokong kuat BN dan UMNO dan saya mengharapkan begitu sehingga hari mengundi 5 Mei ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau bersama penduduk Kampung Setajam dan sekumpulan pelatih kontraktor dari Akademik Binaan Malaysia (ABM) bergotong rotong mengecat Surau Nur Iman dan mengunjungi beberapa rumah penduduk di Kampung Setajam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) berkata, “yang penting bagi rakyat Rompin ialah memastikan semua keluar mengundi dan memastikan calon BN mendapat majoriti yang lebih besar.

“Yang penting sekarang ini ialah pengundi harus beri majoriti yang lebih besar kepada calon BN kerana kalau majoriti itu besar, maka besarlah suara penduduk ini dibawa keParlimen. Kalau undinya kecil, maka kecillah suara itu.

“Pada saya, tidak ada sebab untuk pengundi memberi sokongan kepada calon pembangkang (PAS) kerana sejarah pentadbiran mereka di kawasan yang dimenanginya tidak menunjukkan sebarang perubahan untuk kemajuan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang BN mungkin akan kehilangan sejumlah besar undi jika pengundi dan penyokong UMNO tidakkeluar mengundi, beliau berkata, tugasan itu terletak sejauhmana jentera parti bekerja.

“Jentera UMNO dan BN kenalah kerja lebih kuat lagi bagi memastikan ini (kekurangan jumlah majoriti) tidak berlaku,” katanya.

Apapun katanya, beliau menaruh harapan tinggi penduduk dalam Parlimen Rompin akan memberi undi kemenangan kepada Hasan sebagai mengenang jasa Allahyarham Jamaluddin yang telah banyak memberi sumbangan dan khidmat bakti sepanjang hayatnya.

Sementara itu Fadillah juga menolak dakwaan pembangkang kononnya kementeriannya hanya ligat membina jalanraya bila ada pilihanraya kecil saja.

Menurut beliau setiap tahun peruntukan diagihkan pada setiap daerah seluruh negara terutama bagi melaksanakan kerja-kerja selenggara jalan.

Katanya untuk kawasan Rompin peruntukannya sebanyak RM10 juta telah ada sejak awal tahun lagi tetapi duitnya baru dapat untuk kerja penambahbaikkan beberapa jalan yang telah dikenalpasti.

“Contoh kawasan Bukit Ibam terdapat lapan kilometer, jalan Kuantan – Segamat, jalan Rompin – Endau, jalan Keratong – Bahau dan beberapa lagi dengan jumlah keseluruhan RM10 juta,” terang Fadilah.

Beliau turut memaklumkan permintaan rakyat Rompin ialah jalan Gambang – Segamat telah mendapat kelulusan untuk fasa pertama tetapi masih dalam proses runding harga.

Fadillah memberitahu peruntukan keseluruhan penyelenggaraan jalan persekutuan pada tahun 2015 berjumlah RM610 juta meliputi kerja-kerja rutin sebanyak RM409 juta manakala lebih kurang RM200 juta untuk kerja-kerja berkala.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana