Mazlan Aliman kantoi kes fitnah buku ‘Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,’ Kena Bayar Ganti Rugi RM350 Ribu

Gara-gara fitnah buku bertajuk ‘Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,’Ahli Jawatankuasa Pusat PAS,Mazlan Aliman selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) diperintah membayar ganti rugi RM350,000 dan kos RM150,000 kepada Felda.
Turut sama dikenakan perintah berkenaan ialah penerbit buku,Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam Jumaat.

Felda mengemukakan saman fitnah itu pada 20 Julai 2009.

Ia mendakwa pernyataan fitnah itu menggambarkan, Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Mazlan,penerbit serta peguam Hanipa Maidin tidak hadir semasa keputusan dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana